Selamat Datang Ke Blog Saya

Selamat Datang Ke Blog A140706 Saya Yang Penuh Berinformasi,JOM KONGSI :)

Time Is Precious

Thursday 26 December 2013

FORUM GB3223 KUMP TUTORIAL CIK MAZA PEND KHAS


Tajuk Forum : Pintar Cerdas Berbakat Dalam Bidang ICT

Perbincangan adalah berkisarkan konsep Pintar Cerdas dan Berbakat, ciri - ciri serta faktor Pintar Cerdas dan Berbakat Berdasarkan Model DMGT dan hasil mini kajian yang dijalankan.




Sunday 22 December 2013

KATEGORI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

MASALAH EMBELAJARAN

Kanak-kanak yg mempunyai proses psikologi yang tidak teratur termasuk dalam perkembangan pemahaman & penggunaan bahasa, komunikasi atau penulisan. Bermasalah dalam mendengar, bercakap, membaca, menulis atau membuat pengiraan.

JENIS-JENIS

1.Disleksia
2..Aphasia
3.Slow Learner

CIRI-CIRI MASALAH BAHASA/ ELEMEN2 DLM MASALAH BAHASA

1. Masalah fonologi- kesukaran mengenalpasti bunyi sesuatu huruf cth: ‘cat’ (bahasa melayu) ‘cat’ (bahasa inggeris), ‘nama’ utk ‘mama’.
2. Masalah morfologi- kesukaran mengenalpasti sesuatu perkataan di mana huruf terakhir atau suku kata tidak ditekankan dalam sesuatu perkataan cth: makan – disebut ‘kan’
Baju – disebut ‘ju’
3. Masalah sintaksis- kesukaran utk memahami ayat yang berbentuk pasif/yang mengandungi klausa. Menggunakan ayat-ayat yang pendek & membuat kesilapan dari segi tatabahasa. Cth: 
4. Masalah semantik-kesukaran memahami perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna.
5. Masalah pragmatik-agak pasif semasa menjalankan aktiviti berpasangan/berkumpulan


KANAK-KANAK KURANG UPAYA INTELEKTUAL( KERENCATAN AKAL)

Menurut AAMR(2002)-suatu kurang upaya yang bercirikan fungsian intelektual & tingkah laku adaptif yang terhad lazimnya berpunca sebelum umur 18 thn.
Kanak-kanak yg mengalami perkembangan minda & daya fikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan daalm fungsi intelektual & sosial. Ia merujuk kepada kepentingan fungsi kepintaran yg biasa atau dikaitkan kerosakan dalam menyesuaikan kelakuan & ia jelas semasa proses pembesaran. 

JENIS-JENIS

1. Terancat akal
2. Down Sindrom

CIRI-CIRI MASALAH BAHASA/ ELEMEN-ELEMEN DALAM MASALAH BAHASA

1.Masalah fonologi & morfologi-kesukaran dalam penghasilan pertuturan (artikulasi), kurang konsonan yang berkelompok & konsonan terakhir dipotong. Cth: ‘bola’ disebut ‘ola’
2. Masalah sintaksis-lebih susah membina bahasa/ayat-umur mental berpadanan dengan struktur sintatik
3. Semantik-mengalami masalah penaksiran semantic seperti memahami ungkapan kiasan
4. Masalah pragmatik-lambat untuk menghurai dan memahami pertuturan perbuatan/arahan orang lain


KANAK-KANAK AUTISME

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia(NASOM) bermaskud -Kekurangan seumur hidup & menampakkan kesannya daalm masa 30 bualn yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut & mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku, & kelebihan intelek yang luas. Kerapkali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dll. 
Menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat – ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 thn. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme & tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 drpd 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah 4 kali ganda dairpada kanak-kanak perempuan.

JENIS-JENIS

1.Autisme
2. Sindrom Asperger

CIRI2 MASALAH BAHASA/ ELEMEN-ELEMEN DALAM MASALAH BAHASA

1.Masalah Fonologi- masalah suprasegmental dalam pengeluaran bunyi-bercakap seolah menyanyi, mempunyai keadaan turun naik dalam kesungguhan vocal, intonasi yang tidak sesuai dengan makna(menggunakan sebutan yang tidak sesuai dengan maksud perkataan).

2.Masalah morfologi & sintaksis; Masalah Morfologi-mempunyai deretan (ayat yang mengubah maksud asal dalam sesebuah kandungan)contohnya: ayat sepatutnya”Ayah mempunyai kereta” di sebut “kereta ayah.”

-Masalah sintaksis -tatabahasa’morphems’ dan fungsi perkataan(artikel bantuan) sering ditinggalkan. Masalah semasa menggunakan aturan sintaksis dalam bahasa pertuturan (terutamanya ayat yang panjang.
Masalah Semantik-kesukaran utk mengorganisasi & menyelesaikan masalah. Tidak boleh mengkategorikan sesuatu maklumat dalam bentuk kumpulan. Tidak boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam situasi sebenar. Tidak boleh memahami & menjelaskan dengan tepat maksud peribahasa Cth: ‘buah tangan’, ‘kaki bangku’. Lebih banyak mereka perkataan sendiri. Cth: “makan” disebut ‘mamam’. Kesukaran memahami perkataan yg mempunyai lebih daripada satu makna cth: perkataan ‘siang’ difahami satu makna sahaja. 

Masalah Pragmatik- 

-memula & menamatkan interaksi
-mengekalkan topik perbualan
-melaksanakan peranan pendengar & penyampai maklumat
-menggunakan pergerakan utk mencapai matlamat komunikasi
Contohnya mereka pasif dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.

KANAK-KANAK BERMASALAH SENSORI

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan deria termasuk pendengaran & penglihatan. 

JENIS-JENIS
1. Cacat penglihatan
2. Cacat pendengaran


KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI & TINGKAH LAKU

Sekumpulan individu yg mempunyai sikap yang suka merosakkan harta benda & mereka ini sukar di uruskan oleh guru,selalunya diasingkan daripada kelas biasa supaya tidak mengganggu proses P&P. Kecelaruan emosi & tingkah laku, tidak dapat menyesuaikan diri dlm keadaan sosial, gangguan mental. Menunjukkan masalah bahasa ekspresif dan bahasa reseptif dari keadaan sederhana hingga teruk.

Tingkah laku yg menunjukkan masalah bahasa reseptif:

1)Tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika orang lain bercakap.
2)Mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya.
3)Bermasalah dalam urutan peristiwa contoh hari dalam seminggu.

Tingkah laku yang menunjukkan masalah ekspresif:

1)banyak menggunakan gerakan fizikal daripada ekspresi verbal
2)berjalan-jalan bila diajukan soalan / mendengar cerita.

1. Kurang Tumpuan(AD)
2. Hyper Aktif (HD)

CIRI-CIRI MASALAH BAHASA/ ELEMEN-ELEMEN DALAM MASALAH BAHASA

Masalah utama ialah masalah pragmatik: 

-mengalami masalah interaksi sosial & perhubungan dengan rakan sebaya
-perbincangan kekok-kecelaruan dalam perbincangan
-menukar topik secara tiba-tiba
-menyampuk dengan perkara yang tidak berkaitan
-tidak mengikut giliran bercakap.
-pengantara mesej yang tidak baik contohnya dalam permainan mesej berangkai.












Saturday 30 November 2013

Jom Kenali Serba Sedikit Tentang Diskalkulia

Menurut Department for Education Skills (DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai : sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.


Professor Mahesh Sharma (2003) menyatakan diskalkulia boleh didefinisikan sebagai kesukaran dalam menerima, memahami, atau penghasilan kuantitatif dan maklumat ruang.

Diskalkulia dapat dihuraikan dalam pelbagai bentuk dan antaranya ialah :

1)      Verbal Dyscalculia – kesukaran untuk mengingati dan menamakan terma-terma serta simbol-simbol matematik.
2)      Practognostic Dyscalculia – kesukaran menggunakan manipulatif atau gambar apabila mengaplikasikan konsep matematik.
3)      Graphical Dyscalculia – masalah dalam menulis terma-terma matematik, simbol dan lain-lain.
4)      Lexical Dyscalculia – masalah dalam membaca perbendaharaan dan simbol matematik.
5)      Ideognostical Dyscalculia – masalah dalam konsep dan idea matematik.

Individu boleh memiliki satu atau banyak bentuk-bentuk diskalkulia yang membawa kepada pelbagai karektor dan cabaran. Hasilnya, individu-individu yang menghidapi diskalkulia sering mengira dalam cara yang sangat perlahan, sukar dan cepat letih atau bosan. Kadang-kadang faktor seperti tahap kecerdikan yang rendah, kurang prasyarat kemahiran, kurang kemahiran membaca, kurang kemahiran asas matematik, kegelisahan matematik, dan faktor-faktor lain boleh menyebabkan seseorang itu lemah dalam matematik ( Brian Butterworth, 2005).

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan tahap kecerdikan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti diskalkulia tiada bezanya dengan kanak-kanak tipikal ( C Maehler & K Schuchardt, 2009). Guru-guru dan ibu bapa perlulah secara kritis menganalisa karektor-karektor dan latar belakang pelajar untuk membantu menentukan samada pelajar benar-benar mempunyai diskalkulia.

Tanda-Tanda Diskalkulia

Diskalkulia merupakan kumpulan simptom masalah pembelajaran yang melibatkan aspek asas dalam kemahiran aritmetik. Ianya berkaitan dengan konsep asas seperti pemberitahuan masa, mengira harga dan baki duit, pengukuran benda seperti suhu dan kelajuan.

                    i.            Mengira
Kanak-kanak diskalkulia selalunya boleh belajar urutan nombor tetapi sukar kembali mengira secara terbalik khususnya dalam gandaan dua atau tiga dan seterusnya.

                  ii.            Kiraan (Calculations)
Kanak-kanak diskalkulia sukar mengingat fakta nombor. Mereka selalunya kurang yakin walaupun dapat memberikan jawapan yang betul. Mereka juga gagal dalam menggunakan peraturan dan prosedur membina dan mengenal fakta nombor. Sebagai contohnya, mereka mempunyai pengetahuan dalam menyelesaikan operasi bagi 5 + 3 = 8, tetapi mereka tidak dapat menyimpulkan operasi bagi 3 + 5 = 8.

                iii.            Nombor Sifar
Apabila berjumpa dengan nombor sifar, kanak-kanak diskalkulia sukar untuk memahami perkataan sepuluh, seratus dan seribu yang mana perkataan tersebut mempunyai hubungan yang sama antara satu sama lain sebagai nombor 10, 100, dan 1000.

                iv.            Ukuran
Kanak-kanak diskalkulia menghadapi kesukaran dengan operasi seperti mengawal duit dan memberitahu masa. Mereka juga menghadapi masalah dengan konsep seperti kelajuan ( mil per jam) atau suhu.

                  v.            Arahan/Orientasi
Mereka juga sukar menyusun nombor mengikut ruang dan orientasi kiri dan kanan. Masalah ini disebabkan sukar mengikuti arahan atau pembacaan  peta.

                vi.            Sukar Memahami Konsep matematik dalam ayat

              vii.            Keliru dengan Nombor Hampir Serupa Seperti Nombor 7 dan 9

            viii.            Mengalami Masalah Menggunakan Kalkulator

                ix.            Sukar Mengingat dan Memahami Konsep Masa dan Arah

                  x.            Sukar Mengingat Nama Orang

                xi.            Keupayaan Matematik yang Rendah dan Sukar dalam Aktiviti Melibatkan Pengiraan Wang

              xii.            Tidak Dapat Mengingat Konsep Matematik, Formula, Faktor Asas dalam Operasi Matematik

            xiii.            Lemah dalam Pengiraan Spontan


Secara ringkasnya, Diskalkulia merupakan suatu kekurang upayaan individu untuk menguasai asas kemahiran matematik yang mudah.

Monday 18 November 2013

Macam Comel Jer



Teknik Mengajar Kanak-Kanak Asas Membaca yang Kreatif,Menggunakan Lagu A E I O U






Sunday 17 November 2013

Pengkhususan Saya




Mari Kenali Pelajar Bermasalah Pembelajaran Dengan Lebih Dekat :)



1.0 PENGENALAN
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.

2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

                   

cubaan cubaan..cubaan 1 2 3..

Sekali lagi,dalam kursus GGGE2153 saya perlu meneroka dunia blog.Agak kekok mengendalikannya memandangkan kurangnya kemahiran mengenai blog ini.Pernah suatu masa belajar tentang blog,tetapi apabila tujuan belajar sekadar untuk memenuhi keperluan kursus dan peperiksaan,saya jadi lupa..lupa untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.Kini,mungkin saya lebih bersedia untuk mengubah matlamat sebenar pembelajaran saya.

Yakni belajar kerana Ilmu.Belajar Kerana Allah.