Selamat Datang Ke Blog Saya

Selamat Datang Ke Blog A140706 Saya Yang Penuh Berinformasi,JOM KONGSI :)

Time Is Precious

Saturday 30 November 2013

Jom Kenali Serba Sedikit Tentang Diskalkulia

Menurut Department for Education Skills (DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai : sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.


Professor Mahesh Sharma (2003) menyatakan diskalkulia boleh didefinisikan sebagai kesukaran dalam menerima, memahami, atau penghasilan kuantitatif dan maklumat ruang.

Diskalkulia dapat dihuraikan dalam pelbagai bentuk dan antaranya ialah :

1)      Verbal Dyscalculia – kesukaran untuk mengingati dan menamakan terma-terma serta simbol-simbol matematik.
2)      Practognostic Dyscalculia – kesukaran menggunakan manipulatif atau gambar apabila mengaplikasikan konsep matematik.
3)      Graphical Dyscalculia – masalah dalam menulis terma-terma matematik, simbol dan lain-lain.
4)      Lexical Dyscalculia – masalah dalam membaca perbendaharaan dan simbol matematik.
5)      Ideognostical Dyscalculia – masalah dalam konsep dan idea matematik.

Individu boleh memiliki satu atau banyak bentuk-bentuk diskalkulia yang membawa kepada pelbagai karektor dan cabaran. Hasilnya, individu-individu yang menghidapi diskalkulia sering mengira dalam cara yang sangat perlahan, sukar dan cepat letih atau bosan. Kadang-kadang faktor seperti tahap kecerdikan yang rendah, kurang prasyarat kemahiran, kurang kemahiran membaca, kurang kemahiran asas matematik, kegelisahan matematik, dan faktor-faktor lain boleh menyebabkan seseorang itu lemah dalam matematik ( Brian Butterworth, 2005).

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan tahap kecerdikan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti diskalkulia tiada bezanya dengan kanak-kanak tipikal ( C Maehler & K Schuchardt, 2009). Guru-guru dan ibu bapa perlulah secara kritis menganalisa karektor-karektor dan latar belakang pelajar untuk membantu menentukan samada pelajar benar-benar mempunyai diskalkulia.

Tanda-Tanda Diskalkulia

Diskalkulia merupakan kumpulan simptom masalah pembelajaran yang melibatkan aspek asas dalam kemahiran aritmetik. Ianya berkaitan dengan konsep asas seperti pemberitahuan masa, mengira harga dan baki duit, pengukuran benda seperti suhu dan kelajuan.

                    i.            Mengira
Kanak-kanak diskalkulia selalunya boleh belajar urutan nombor tetapi sukar kembali mengira secara terbalik khususnya dalam gandaan dua atau tiga dan seterusnya.

                  ii.            Kiraan (Calculations)
Kanak-kanak diskalkulia sukar mengingat fakta nombor. Mereka selalunya kurang yakin walaupun dapat memberikan jawapan yang betul. Mereka juga gagal dalam menggunakan peraturan dan prosedur membina dan mengenal fakta nombor. Sebagai contohnya, mereka mempunyai pengetahuan dalam menyelesaikan operasi bagi 5 + 3 = 8, tetapi mereka tidak dapat menyimpulkan operasi bagi 3 + 5 = 8.

                iii.            Nombor Sifar
Apabila berjumpa dengan nombor sifar, kanak-kanak diskalkulia sukar untuk memahami perkataan sepuluh, seratus dan seribu yang mana perkataan tersebut mempunyai hubungan yang sama antara satu sama lain sebagai nombor 10, 100, dan 1000.

                iv.            Ukuran
Kanak-kanak diskalkulia menghadapi kesukaran dengan operasi seperti mengawal duit dan memberitahu masa. Mereka juga menghadapi masalah dengan konsep seperti kelajuan ( mil per jam) atau suhu.

                  v.            Arahan/Orientasi
Mereka juga sukar menyusun nombor mengikut ruang dan orientasi kiri dan kanan. Masalah ini disebabkan sukar mengikuti arahan atau pembacaan  peta.

                vi.            Sukar Memahami Konsep matematik dalam ayat

              vii.            Keliru dengan Nombor Hampir Serupa Seperti Nombor 7 dan 9

            viii.            Mengalami Masalah Menggunakan Kalkulator

                ix.            Sukar Mengingat dan Memahami Konsep Masa dan Arah

                  x.            Sukar Mengingat Nama Orang

                xi.            Keupayaan Matematik yang Rendah dan Sukar dalam Aktiviti Melibatkan Pengiraan Wang

              xii.            Tidak Dapat Mengingat Konsep Matematik, Formula, Faktor Asas dalam Operasi Matematik

            xiii.            Lemah dalam Pengiraan Spontan


Secara ringkasnya, Diskalkulia merupakan suatu kekurang upayaan individu untuk menguasai asas kemahiran matematik yang mudah.

Monday 18 November 2013

Macam Comel Jer



Teknik Mengajar Kanak-Kanak Asas Membaca yang Kreatif,Menggunakan Lagu A E I O U






Sunday 17 November 2013

Pengkhususan Saya




Mari Kenali Pelajar Bermasalah Pembelajaran Dengan Lebih Dekat :)



1.0 PENGENALAN
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.

2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

                   

cubaan cubaan..cubaan 1 2 3..

Sekali lagi,dalam kursus GGGE2153 saya perlu meneroka dunia blog.Agak kekok mengendalikannya memandangkan kurangnya kemahiran mengenai blog ini.Pernah suatu masa belajar tentang blog,tetapi apabila tujuan belajar sekadar untuk memenuhi keperluan kursus dan peperiksaan,saya jadi lupa..lupa untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.Kini,mungkin saya lebih bersedia untuk mengubah matlamat sebenar pembelajaran saya.

Yakni belajar kerana Ilmu.Belajar Kerana Allah.