Selamat Datang Ke Blog Saya

Selamat Datang Ke Blog A140706 Saya Yang Penuh Berinformasi,JOM KONGSI :)

Time Is Precious

My BBM

Tugasan BBM Saya :)

Saya telah memilih untuk menghasilkan BBM iaitu sebatang rokok.
Tujuan saya mencipta rokok ini dalam bentuk 3d adalah untuk menjelaskan kepada pelajar tentang ciri-ciri sebenar yang ada pada sebatang rokok terutamanya tentang komponen rokok yang mengandungi banyak racun dan bahan kimia yang berbahaya.

BBM ini sesuai digunakan dalam subjek sains terutamanya yang berkaitan bahan kimia dalam rokok.

Mari kita lihat apa yang ada dalam sebatang rokok :)

1). Mula-mula,sediakan bahan seperti kertas tisu,polisterin,kertas warna,kotak terpakai,salotip,gunting,pisau dan gam.

Kertas warna

Kertas tisu
Salotip,gam,gunting dan pisau

dan..kotak terbuang


2). Mula-mula,ambil beberapa helai tisu dan gulungkan. Untuk nampak kemas,lekatkan gulungan tisu dengan salotip.


3). Kemudian,balutkan gulungan tisu dengan kertas A4 bewarna putih.

macam ni :)

tadaa.... jadilah batang rokok macam ini..

4). Kemudian,balut pula bahagian salah satu hujung batang rokok menggunakan kertas warna.Emm..logiknya warna kuning atau oren kerana itulah kebiasaan warna bagi bahagian hujung sebatang rokok.

nampak tak?

5). Lepas tu,bahagian hujung yang lagi satu pula,balutkan dengan kertas warna hitam atau nama comelnya 'sugar paper'. Warna hitam ini melambangkan habuk atau abu rokok yang telah dibakar.

ada gaya tak?


maka,jadilah batang rokok saya (sila abaikan tangan yang sedang menggam itu).


6). Pada masa yang sama,boleh lah kita tampal permukaan polisterin dengan kertas warna.Selain untuk mencantikkan,kertas warna yang ditampal juga berfungsi untuk memastikan batang rokok yang akan ditampal di atas polisterin tersebut lebih melekat dengan kukuh kerana ada kertas warna tersebut.


ini permukaan polisterin selepas ditampal kertas warna.


7). Haa..lepas tu boleh la lekatkan batang rokok tadi pada permukaan polisterin yang dah ditampal dengan kertas warna tu.

letaklah gam dulu,baru tampal tau..

8). Siapkan label-label bahan kimia untuk dilekatkan pada polisterin nanti.

tulis sendiri,guna tangan..lebih afdal (alhamdulillah)

siap pun label-label bahan kimia saya.

9). Sebelum melabel,gunting lah sedikit kotak terpakai untuk ditampal pada permukaan polisterin bagi menghasilkan label-label yang timbul nanti. Tak faham? Sabar,nanti faham la tu :)

gunting macam ni..

ops.. (masa ini jugak la dia nak patahnya)..
ok abaikan saja..


10). Tampal potongan-potongan kecil kotak terpakai tadi atas permukaan polisterin.

macam ini tau..

11). Lepas tu,boleh la tampalkan label-label bahan kimia tadi di atas potongan-potongan kecil kotak terpakai yang telah ditampal pada permukaan polisterin tadi.

macam ini la..faham kan?

12). Tampalkan juga label-label sumber bahan kimia tersebut berdekatan dengan label bahan kimia yang sesuai. Tak faham takpe,biar gambar menceritakan segalanya :)

yang kertas warna kuning tu la label sumber bahan kimia...kita tampal kertas kuning tu dekat-dekat dengan bahan kimianya pada kertas warna hijau.

13). Kemudian,boleh la kita kemaskan dan hiaskan dengan meletakkan anak panah dan tajuk BBM kita.

err..saya akui anak panah saya tu kurang comel kan?

14). Maka,terhasillah BBM saya yang tidak seberapa ini. Tapi walaupun tak seberapa,saya gembira dan berbangga dapat menghasilkannya dengan hasil usaha saya sendiri.

semoga ianya bermanfaat untuk pelajar-pelajar saya nanti :)


SELAMAT MENCUBA :)





















No comments:

Post a Comment